Saturday, September 24, 2005

Memperkenalkan Mini Klasik II

[An article I wrote for a forum in Malay]


Elo...

Sambungan dari Memperkenalkan Mini Klasik I.

Jenis2 pemilik Mini. Ada yang mengekalkan Mini mereka se standard mungkin. Warna pun sama dulu kini selamanya. Ada pemilik yang membuat modifikasi biasa2 sahaja, terutama dari segi kosmetik. Ada yang ekstrim seperti mengubahsuai enjin, atap ke cabriolet, sunroof, rim besar etc etc. Pendek kata, macam mana2 pemilik2 kereta biasa lah.

Banyaknye Brandname! Kejap Austin Mini, kejap Morris Mini. Pastu ada Leyland Mini, last2 Rover Mini. Mana satu? Sebenarnya banyak pengedar2 Mini. Pada awalnya Austin dan Morris adalah pengedar, dari 1959 hinggalah penggabungan Austin dan Rover pada tahun 80an, dan nama jadi Rover Mini. Di Australia, Leyland menjadi pengedar, jadilah Leyland Mini.

Mini Cooper. Mini Cooper dibina dari tahun 1961 hingga 1971, dan revival Mini Cooper bermula 1991 hingga tahun 2000. Mini Cooper original (1961-71) adalah sebenarnya macam kes Wald lah. John Cooper meminjam Mini untuk diperkuatkan enjin dan badan kereta. Keputusannya sebuah Mini yang lebih kuat dan laju. Ada kapasiti 970cc, 997cc, 998cc, 1071cc dan 1275cc. Cooper revival adalah berkapasiti 1275cc sahaja. Untuk tahun 1992 ke atas, semua Cooper menggunakan sistem suntikan tunggal, dwi atau multi point, bergantung pada tahun. Kebanyakan pemilik Cooper atau Cooper S 1961-71 yang original tanpa modifikasi sangat sayang kereta mereka, dan mereka hanya akan menjual dengan berat hati, dengan harga yang paling mahal (40 ke 50 ribu).

Clubman. Dibina dari tahun 1969 ke 1981. Kereta Clubman (www.theclubman.co.uk) adalah yang paling popular di Malaysia, walaupun ianya kurang diminati. Ini adalah kerana rupabentuk hadapannya yang agak 'ugly but adorable', dengan grill memanjang sebaris dengan lampu besar. Ia lebih panjang 4 inci dari Mini standard (3.16 meter). Ia tidaklah buruk, tetapi agak leper dibandingkan dengan grill senyum Mini standard. Tetapi kelebihan Clubman adalah, ruang enjin yang agak besar untuk diisi aksesori seperti hawa dingin (kebanyakan Mini 1980 ke bawah tiada hawa dingin), radiator depan (Mini asal radiator tepi yang lebih kecil), oil cooler, brake servo dan lain2. Kelebihan ini digunakan juga oleh peminat2 yang agak ekstrim untuk menukar enjin Mini yang asal kepada enjin Toyota Starlet Turbo, enjin VTEC kecil atau besar, enjin Suzuki Turbo, Opel Vectra 1.8. Setakat ini belum ada lagi kedengaran enjin dari Mitsubishi dimasukkan ke Mini.

Mini Turbo. Namanya E.R.A Mini Turbo. (www.eraturbo.com) Kebanyakan Mini Turbo ada di Jepun. Ramai peminat Mini di sana, jadi tidak perlu hairan. Pengaruh Mini sangat kuat sampaikan kereta2 K-car disana adalah inspirasi dari Mini. Berbalik ke Mini Turbo. Kereta Turbo tanpa modifikasi berprestasi 95hp, dan 0-100 mungkin dalam 7.5 saat. Agak slow juga. Tapi OK lah. Mungkin ada beberapa Mini Turbo di Malaysia. Sebanyak 350 ke 400 unit sahaja dibina. Tetapi bilangan Mini Turbo yang ada lebih banyak kerana modifikasi menggunakan enjin Rover Metro 1275 Turbo. Modifikasi di UK setakat ni (banyak enjin Metro Turbo murah sangat2 kat sana, 50 paun, 100 paun) menyaksikan 200hp dihasilkan senang2 sahaja. 120-150hp dengan turbo yang lebih kecil, dengan boost mencapai 0.8bar, untuk menjaga enjin.

Modifikasi. Mini yang standard-modified banyak. Kebanyakan membuat port and polish kepala silinder, injap besar, roller rocker 1.5 nisbah 1, aci sesondol perlumbaan (profil 286, 300, 310) atau jalanan (profil 266, 276), flywheel ultra-ringan, Weber 45DCOE, HIF44, karburettor berkembar dan lain2. Untuk yang lebih kaya menggunakan kepala silinder 8-port, atau menggunakan kepala silinder DOHC dari Kent Auto Development (www.kad-uk.com) . Yang lebih adventurous menggunakan enjin VTEC atau Starlet Turbo. Standard modified boleh la dapat dari 70hp ke 140hp. 8-port atau KAD DOHC boleh la capai 120-180hp. VTEC atau Starlet Turbo, rasa2 boleh dibayangkan sendiri.

Bodykit. Ada bodykit dari Auto Fashion (www.autofashion.co.uk) , ada dari Zeemax (www.zeemax.com) . Sesetengah mekanik di Malaysia ada bodykit tiruan berbentuk seperti Zeemax. Harga pun ok la rasanya. RM1600.

Rim. Sekecil2 rim adalah 10 inci. Lebar ada dari 3.5 inci (Mini standard yang sangat tua) hinggalah 7.5 inci (Mini berlumba, drag atau Mini Miglia). 12 inci pun ada, kelebaran dalam 4.5 ke 5.5 inci. 13 pun ada, selalunya dengan kelebaran 5.5 ke 7 inci. Lebih dari 13inci diameter agak kurang sesuai. Akan mengganggu stability dan cornering ability. Kebanyakan rim adalah dari jenis Minilite atau Superlite (8 spoke) atau Revolution (4 ke 5 spoke). Rim lain2 boleh digunakan, tetapi PCD hendaklah 101.6mm. Untuk 13 inci, selalunya tayar yang digunakan adalah 175/50/R13. Harga dalam 145rm sebutir untuk Sime Tyres. Fulda Carat dah tak jual rasanya. Falken tak tau, tak pernah pakai.

Mekanik2 Pencinta Mini. Di Rawang ada seorang. Namanya Pak Syed. Umur dekat2 60. Mekanik paling berdedikasi (pada saya lah). Selalu membetulkan kerja2 mekanik lain (yang cintakan duit). Selalu bekerja dengan enjin standard dan half cut, untuk performance mungkin kurang sesuai. Di Segambut ada seorang. Namanya Sam. Mini perlumbaan dan Mini yang banyak hiasan adalah kerjanya. Chroming, tuning, etc selalunya tiada masalah padanya. Tetapi mungkin agak banyak kerja kerana ramai hantar. Di Melawati ada Jasmi. Agak banyak kereta dihantar padanya. Tetapi semuanya siap, kecuali kereta yang terlalu teruk. Haji Jamali di Taman Tun Dr Ismail pun sebaya Pak Syed. Dah tak larat, kerja2 ringan boleh la. Bekerja dengan dasar kawan tolong kawan.

Mekanik2 Pencinta Duit. Di Subang Jaya, ada Rosli. Dia agak kureng. Selalunya kerja tak siap. Terlalu banyak menerima kereta rosak, jadi kurang penumpuan untuk bekerja. Itu lupa ini lupa. Di Salak Jaya ada Nurul. Dia pun agak kureng. Tak reti repair carburettor. Dah pernah complain kat sini pasal dia.

Kelab Mini. Ada kelab besar seluruh negara bernama SMOC Malaysia (Sports Mini Owners Club). Ada beberapa negeri ada kelab2 juga, seperti Kelab Mini Selangor, Perak, Melaka dan Singapura. Ada juga kelab2 berprestij untuk kereta vintaj dan klasik seperti Malaysia Singapore Vintage Car Register (MSVCR) yang menerima ahli2 Mini.

Akhirnya, bak kata salah seorang pemilik British, "On the straight road, the bigger racers ate up the Mini alive, but at the corners, it's the racers that became the delicious food".

Itu sahaja buat masa ini. Ada lagi saya story lagi.

No comments: