[An article I wrote for a forum in Malay]
Assalamualaikum
Apa khabar semua?
Email dari saya kali ni agak luarbiasa.
Sempena dengan ramai orang mau memilih kereta untuk dimiliki, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan Mini kepada anda semua.
Ini adalah dari pengalaman saya sendiri. Jadi sesiapa yang berminat silalah baca terus. Yang kurang berminat terpulang pada anda.
Selama lima tahun saya bersama kereta ini, saya dah banyak mengharungi suka dan duka memiliki kereta ini.
Asal usul. Kereta Mini dibina bermula tahun 1959, dan berhenti dibina pada tahun 2000. Direka dan dibina di England.
Mini klasik yang baru. Di Malaysia, saya ada dengar, kereta Mini tahun 2000 boleh dapat dalam harga 70K ++. Itu 5 tahun lepas. Harga sekarang untuk Mini tersebut tak dapat dipastikan. Namanya, Rover Mini 1.3i (multipoint injection).
Jenis. Mini ada dua muka. Satu yang bergril senyum nampak gigi (Standard). Satu lagi gril alien (Clubman). Ada body kereta dua pintu, ada body Minivan/Estate, ada body Pickup (jarang nampak), dan body jip (Mini Moke). Mini ada Austin, ada Morris, ada Rover. Kalau anda jumpa Cooper atau lebih baik, Cooper S, anda cukup beruntung. Lagi beruntung memiliki Cooper S yang original, tahun 1961 ke 1971.
Spare part. Dari pendapat orang luar, spare parts susah nak cari. Ini salah. Spare parts masih ada. Ada dua pengedar yang terkenal. Sin Tong Bee berdekatan dengan Penjara Pudu, dan Soon Seng, berdekatan Kilang Federal Bakery di Jalan Sungai Besi.
Masalah. Mini macam kereta lain juga. Ada masalah yang normal. Minyak hitam bocor. Panas. Kereta2 lain pun ada masalah2 ini. Dan dengan penjagaan yang cermat, kereta anda akan membantu anda kembali. Setiap pemilik Mini mesti ada user manual, publisher Haynes. Kalau tak larat nak jaga atau maintain, jangan beli. Dan peminat Mini selalunya akan berminyak di tangan, siku, lengan, pipi etc etc.
Perwatakan. Mini ada perwatakan sendiri. Contohnya, suspensi standard tapi agak keras. Bunyi enjin kuat, tanpa tukar exzos besar. Bunyi hisap angin macam vakum.
Pemilik. Selalunya pemilik2 Mini adalah peminat kereta ini. Tapi orang yang tak minat pun ada yang guna. Mereka setia pada kereta ini, yang telah bekerja untuk mereka sekian lama.
Harga. Tengok pada orang yang menjual. Ada yang jual mahal, ada yang jual murah. Nak yang murah, kena pandai shopping. Cari mekanik yang bekerja kerana cintanya pada Mini. Bukan kerana untung. Dengan bertanya2 kepada peminat atau mekanik2 Mini, boleh dapat tau macam2, contohnya, kereta2 Mini yang dijual tanpa diiklankan.
Budget. Kalau nak yang betul2 selesa, kena berbelanja lebih. 20K dalam tangan, boleh dapat Mini yang lebih selesa. 10K ke atas, Mini yang normal. 5K ke atas, Mini yang running condition. Bawah 5K, kalau anda bernasib baik, offer yang jarang datang.
Performance Mini. Mini standard, 998cc dalam 40 ke 45hp. 1275 dalam 55 ke 75hp. Rover Mini Cooper 1275 dalam 84 ke 90hp. Saya selalu melihat Mini yang ubahsuai yang sangat laju. Makan VTEC itu biasa. Sesetengah mekanik siap berlumba di trek, di Fraser's Hill etc. Don't try this on the road, and at home :) . Gambar dibawah menunjukkan dua Mini yang setahu saya, cukup laju. 0 - 100, dan top speed.
Untuk bakal pembeli. Badan kereta adalah paling penting. Untuk repair badan kereta akibat karat lebih mahal dari repair enjin. Tapi repair enjin pun kira mahal la jugak. Selalunya pendapat mengatakan, lebih baik cari halfcut dari overhaul enjin. Selalunya saya akan setuju dengan pendapat itu.
Half cut. Mini ada banyak half cut dari Jepun. Untuk 1275cc, harga dalam 2K ke 4K. 998cc dalam 1.5K ke 2.5K.
Kelebihan Mini. Lebih pendek dari Kancil (305cm). Lebih rendah. Anda masuk corner tanpa membrek (koner laju sambil konfiden). Badan keras. Etc.
Kekurangan Mini. Mahal untuk dimodify selepas 90hp. Suspensi tak selesa (keras). Senang berkarat. Etc.
Nanti ada episod dua, kalau ada kesempatan.
Tata.

2 comments:
bgus blog nehh..utk pegetahuan sy br memiliki mini selama setahun..tp sy sgt suke kete nih sbb bunyi dier beshh..power...mmm..kancil turbo tuh ley mkn laa..tp klu kete2 len tuh ssh skit..hehe..masalah2 len cam karat..kete masuk air sng..tp mmg blog neh mmg sgt kne r ngn sume susah sng yg sy hadapi bersam kereta comel ini..
Auto
Austin tahun 69
tayar baru..
seat ok ..takde koyak2..
enjin 1000cc..
roadtax mac 2010,
ada aircond tp kena isi gas...
bateri baru...
tak pernah rosak...
lokasi : lembah klang
Harga : RM12 K
emel sy : slamdunk1342@gmail.com
Post a Comment